BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB FIZIK SPM 2023
Pada tahun ini, aku melebarkan lagi sayap ku sebagai guru cemerlang Fizik dengan menjadi penceramah. walaupun kita adalah guru cemerlang, tetapi banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Tetapi pada tahun ini aku tidak dapat menolaknya. Title GC mengkehendaki aku untuk berkongsi teknik dan cara.
Untuk itu, aku perlu membuat persiapan. Persiapan seperti mahu pergi berperang. Menyediakan slide, bahan, memperkuatkan content. Mencari ideas dan inovasi baru untuk murid lebih faham. Semua ini harus aku lakukan. Ya harus, dan tak boleh elak lagi.
Hasilnya, pengalaman sebagai penceramah menjadikan content Fizik ku bertambah kuat. Sebelum ni kalo nak mengajar kena rujuk buku, tapi dengan persediaan yang aku buat. Tidur pukul 2 3 pagi membuatkan aku lebih bersedia.
Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. terdapat juga kesilapan-kesilapan kecil yang aku lakukan. Boleh pula, tengah-tengah ceramah tetibe jadi blur.. apa yang aku buat aku lupa. Betul la kata orang practice makes perfect. Mulai saat itu, ada je masa terluang aku akan lakukan dua kerja. Dalam kereta, buka youtube fizik, masak buka youtube fizik, gosok baju buka youtube Fizik. Aku mengamalkan audio book. Sangat berkesan. tetapi kalo nak lupa, lupa ler juga..
Syukur, berkat daripada practice ini, anak murid aku yang dapat hasilnya. Aku menjadi guru yang efisen, iaitu dapat mendeliver content dengan gagah perkasa. maksudnya dengan confident level yang tinggi. Bukan senang nak dapat level ni.. Hanya yang cekal dan tabah sahaja yang akan mendapatnya.. haha.. terinspirasi dengan cerita Pendekar Awang..
Semoga aku terus istiqamah.. rezeki takkan salah alamat., Jika kita menghadapi masalah yang besar janganlah berkata kepada Allah. Ya Allah, masalah aku sangat besar, tapi sebutla ALLAH MAHA BESAR.. bantulah aku ya Allah.
No comments:
Post a Comment