Wednesday, 18 September 2013

bagaimana mengatasi anak@ tidur lewat

Sayang semua, terima kasih kerana membaca artikel daripada Ai Miyaura ini. Ibu pun merasakan perkongsian beliau sangat baik. Terima kasih Fais Gershwin kerana telah berusaha menterjemahkan article itu.
Bagi yang telah bertanya soalan, Ibu akan memilih soalan-soalan anda dan menjawabnya mengikut kesediaan ibu dari segi masa dan resources.

Ibu bapa yang dikasihi, tujuan artikel ini adalah untuk memberi peringatan kepada kita terutama jika ada yang tidak tahu. Ia tidak bertujuan menunding jari, mengutuk dan marahkan budaya hidup kita di sini. Memang ada ibu bapa yang leka dan kurang ilmu serta tidak kisah mengenai makan dan minum serta waktu tidur anak-anak. Ianya wujud di mana-mana saja di dunia ini. Selama Ibu di England 8 tahun, Ibu juga telah berjumpa Ibu bapa sedemikian yang lalai. Ia bukan budaya negara tetapi budaya diri ibu bapa itu sendiri dan keluarganya. Namun, memang betul, di Jepun, di England masa tidur anak-anak lebih dijaga dan ini sangat baik dan patut kita ikuti. Apatah lagi setelah mengetahui ianya sangat penting untuk tumbesaran anak-anak yang kita kasihi.

Ibu mahukan anda menceritakan resah hati anda dan berasa selamat untuk melakukan demikian, itulah sebabnya Ibu mengadakan page ini. Kerana ramai ibu bapa muda yang jauh daripada ibu bapa dan payah untuk bertanya. Ibu ada kelebihan, selain daripada Ibu seorang Ibu kepada 5 orang anak yang sudah besar, Ibu juga nenek kepada 4 orang cucu. Maka ibu sudah merasa kebanyakan masalah yang anda ceritakan itu. Ibu juga ada sedikit kelebihan kerana kerja ibu juga di dalam bidang ini. Ini tanggung-jawab Ibu untuk berkongsi ilmu dan skil demi membawa perbezaan yang positif di dunia ini. Inilah saham ibu di akhirat nanti.

Oleh itu bagi yang bertanya dan menyatakan keresahan kerana anak-anak susah nak tidur, Ibu ucapkan terima kasih kerana anda berani menceritakan masalah anda. Di sini Ibu hendak ingatkan kepada semua, jika ada yang bercerita masalahnya, supportlah dia dengan memberi komen yang membangkitkan semangatnya. Kita tolong menolong. Ketahuilah, memang ada anak yang susah nak tidur sebab banyak sangat tenaga. Oleh itu, lain kali sebelum tidur anda bawa anak itu bertenang dulu. jika dia banyak tenaga, suruh dia habiskan tenaga dengan melompat-lompat 10 -15 mins. lepas tu lapkan badannya dan beri minuman air suam atau susu suam. Bawa dia duduk tenang dengan anda, bacakan cerita atau buat aktiviti yang menenangkan. Peluk dan belai dan perlahan baring dan tidur. Jadikan ianya rutin. Kerana bila ianya rutin, maka ianya lebih mudah. Dalam pada itu pun adakalanya anak itu akan susah nak tidur. Biasalah, kita pun seperti itu. Namun, anda pastikan anak itu tidak ada destraction lain. jangan pula memasang TV atau sepertinya. Buatlah dan adjustlah sehingga anda dapat the rhythm. Mula-mula tu memang susah. But after sometimes, it will be just something you can aspect. SABAR dan TENANG dalam melaksanakannya.

Bagi yang bekerja dan masa anda sangat terhad, buatlah yang terbaik. Anda tahu pentingnya masa tidur anak dijaga dan anda tahu anda perlu ada masa dengan anak anda. Maka, do your best to balance. Ibu sarankan buat aktiviti-aktiviti tenang seperti membaca buku cerita dan sepertinya jika anda mempunyai masa cuma 2 jam sebelum pukul 9 malam. Dengan itu ada dapat kedua-duanya sekali.

Bagi yang selama ini tidak tahu pun pentingnya masa tidur dan pemakanan seta masa makan anak-anak anda dijaga, maka sekarang anda telah tahu. Oleh itu anda boleh membetulkan keadaan. Kita ni manusia, mana ada yang tidak pernah alpa dan buat salah? Yang pentingnya bila kita sudah tahu, kita betulkan keadaan. Itulah yang penting. Tidak perlu kita mengutuk diri atau kita mengutuk orang lain yang belum tahu. Yang penting kita nasihatkan dengan penuh hormat dan dengan rasa penuh betanggung-jawab membantu.

Bila kita tahu kita pimpin yang belum tahu. Jika kita belum tahu kita bertanya kepada yang tahu. Itulah maksudnya 'berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Salam kasih.- Ibu Rose
 
 Saya merasai kesukaran menidurkan anak..saya pula tingal dgn anak2 dan suami pula berjauhan di kuala lumpur..kami berjumpap semingu sekali..masa anak2 kecil saya agak kurang sabar kalau anak2 tak tidur sdgkan dah pukul 9..kita ibu yg bekerja memang penat mengisahkan anak lpas blek kerja..tp skrg anak dah 3tahun dah pandai main..saya dapat sifir sket untk wktu tidur anak2..waktu ptg dari pukul 4 ke atas jgn tidokan anak..jd anak mgkn akan tido dlm pukul 1 hinga 3..ptg adalah waktu dia mengeluarkan tenaganya..dah seharian dirumah pengasuh,kesian pula kalau anak2 tak menjenguk ke luar..kalau dibndar ibu bpa ramai bwa anak2 ke tempat permainan yg biasa ada dlm pasaraya tesko atau care4..jd saya cuma bwk anak2 bejalan dan lari2 anak je d padang..kdg2 kalau nampak dia mcm keletihan,saya bwk tgk haiwan2 ciptaan ilahi..pun disekeliling rumah..sbnrnya dia rindu kat mama dia..jd masa tu la yg dapat saya luangkan..sambil2 makan ptg..mlm dapat mengaji bsama2 dan saya cuba menghiburkan hati anak2 dgn apa yg dia suka..mgkin cerita kisah2 ke..atau begurau senda yg membuatkan mereka ketawa puas..jd bila saya set masa pukul 9 naik katil,mereka akur sbb dah puas main dan ketawa.. alhamdulillah..
 
Sbg ibu muda sy selalu membaca babycenter.com menjadi rujukan utama sy sejak prgnant 6 weeks. Bila ada isu apa2 sy akn baca dan kaji dr beberapa penulisan (cth kwn kata perlu tidur xbangun2 mlm: sleep training, akhirnya sy xguna method crying all out, sy maintain nursing dia).

Kebetulan dgn jenis diri sy yg tidur awl dan bangun awl, seawal usia ank 2 bulan sy perasan rutin ank tidur dlm 7.30pm. Kemudian dlm 4 bulan dia tidur 8.30pm hingga lah kini 1thn7bln, memang 830pm (smpi sy slalu diusik, skima sgtla apa la sbb ank kwn2 semua tidur lewat, malah sy rasa ank mmg semulajadi tidur timing mcmtu, sy ni cuma jaga/support ank nye timing body clock aja). Sebab xsilap sy dlm artikel bbycenter yg sy dpt update secara mingguan, ada satu masa tu dia beritahu awalkan setengah jam utk rutinkan ank dgn aktvt sblm tidur spt gurau, membaca dsb. Sy ikut aja (waktu tu dijangka baby mula aktif sbb boleh rangkak dsb, dan rutin amt pnting dijaga). So dlm 815pm gitu sy awalkan dia ke tempat tidur.

Alhmdulillah mmg ank boleh ikut. Sy perasan juga jika timing mkn mlm kami terlewat krn sy habes memasak lewat, ank mula merengek, rupanya nk tidur, then x mkn mlm pun l, nyusu bdn terus ttidur. So suami sy yg prihatin dan analitikal ni berkata, maknanya sy perlu siap memsak awl agr ank blh mkn awl dan tdk tidur tnpa mkn mlm. Jika xsmpt memasak xapa kata suami, beli lauk, msk nasi shj balik rumah asalkan our quality time mkn bsama dpt dilakukan (ank jenis nk mkn sndiri sejak umur 12 bulan, mmg table manners xdala tp benefitnya dia mkn, dan now pandai guna sudu garfu). Then kami usaha ubh dan dpti ank mkn byk n selera dlm slps mghrib. Wlu dlm 830 ke tmpt tidur, dia akn tidur sekitar 8.45-9.15 cuma dlm minda sy mmg 830 lah. Dan sy perasan mlm dia tidur dlm 9jam (wlu bbycnter kata perlu 11 jam mlm dan 3 jam siang). Sehinggakan sebulan bulan puasa ank bngun sama (kami xpnah kejutkan pun, tp body clock dia sebulan tu mmg bngun 5am sbb sy bngun awl).
Juga siang ptg bermain di padang amat membantu menstabilkan emosinya krn puas, lepaskan tenaga dia yg semakin byk tu Alhmdulillah.

No comments:

Post a Comment