Tuesday, 14 May 2024

TEKS PENGACARA MAJLIS TEKNIK MENJAWAB SPM FIZIK

 

TEKS PENGACARA MAJLIS TEKNIK MENJAWAB SPM FIZIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLEBANG BESAR

15 MEI 2024 (RABU) DI BILIK BUNGA RAYA

 

CUE

ANN

Aluan Pengerusi

Majlis

 

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam majlis TEKNIK MENJAWAB FIZIK SPM 2024.

 

Bagi pihak sekolah SMK KLEBANG BESAR kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Kannan atas kesudian untuk sama-sama berkongsi dan membantu anak-anak pelajar SMK klebang besar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.

 

Juga saya mewakili murid  T5 SMK klebang besar berharap,  rakan-rakan   pada pagi ini dapat memanfaatkan masa 1 jam  30 minit sebentar nanti dengan memberikan perhatian sepenuhnya, supaya apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan dan juga pedoman dalam menjawab peperiksaan Fizik SPM yang akan datang.

 

 

 

Bacaan Doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,        

 

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya menjemput saudara Razin untuk bacaan doa. Di jemput..

 

********************************** usai bacaan doa ****************************

 

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Semoga majlis yang kita adakan pada pagi ini, diberkati olehNya

 

Ucapan aluan Tuan Pengetua

 

Bengkel

Hadirin yang dihormati sekalian

 

Seterusnya, tanpa melengahkan masa lagi, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan bengkel Teknik Menjawab Fizik SPM 2024. Justeru itu marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati, agar segala ilmu yang disampaikan dapat kita hayati dan manfaatkan bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Kannan a/l Ramayah untuk memulakan ceramah. Dipersilakan….

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Kannan a/l Ramayah atas perkongsian Teknik Menjawab Fizik SPM sebentar tadi. Dijemput Pn Marliya binti Mohamad GKMP Sains dan Matematik untuk menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Encik Kannan a/l Ramayah sebagai tanda terima kasih. (jika tiada pn Marliya tiadampanggil Pn Nor Azurah binti Abu Hassan )

 

Penutup

 

 

 

 

 

 

 

Mudah2an perkongsian idea, panduan dan pedoman yang dikongsikan  pada pagi ini menjadi titik tolak kepada peningkatan pencapaian kita. Insyaallah…

 

Tiada ucapan seindah kemaafan;

Tiada kemaafan semurni keiklasan dan….

Tiada keikhlasan setulus kesyahduan.

 

Bagi pihak majlis saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara, sepanjang saya mengendalikan majlis pada pagi ini.

 

Sehingga kita berjumpa lagi….. kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan surah al -Asr.

 

Sekian, saya sudahi majlis ini dengan

Wabilahitaufik walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, terima kasih….

CUE

No comments:

Post a Comment