Friday, 9 December 2022

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU DAN STAF 2022


 Terbaik Siti.. memang sesuai sangat dengan tema kita.


Kenangan terindah yang pasti tidak dapat dilupakan. Berakhirnya jamuan kelab guru dan staf 2022 maka berakhirlah tugasan kami sebagai ajk kelab guru pada tahun ini.  Satu tugas yang pastinya penat dan mencabar. Tugasan ini adalah secara sukarela ditambah dengan kerja hakiki sebagai guru. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Namun begitu, bekerja dengan rakan dan sahabat yang tidak pernah berkira wang , masa, tenaga dan profesional sangat seronok. Setiap program yang dihasilkan sentiasa gah dan meriah.  Penat lelah, sakit dan hiba pasti berakhir dengan gelak tawa dan kepuasan. God job korang. Sentiasa berfikir untuk menjadikan majlis kita yang terbaik dan kenangan terindah. 

Bekerja dengan kumpulan yang sentiasa inginkan yang terbaik dan sering berkongsi idea dan pengalaman serta kreativiti yang tinggi membuatkan sesuatu yang mustahil menjadi realiti. Perancangan yang terbaik disusuli dengan komitmen yang tinggi akan menghasilkan buah tangan yang gah. Fuh, macam handle grammy awards pun ada. Kepalanya dak hassu la ni. 

Tiada yang sempurna, pasti ada salah dan silap di sana sini. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Bergaduh berselisih faham juga tidak lari dari kehidupan kita. Yang penting kita mengakui kesilapan kita, bermaafan dan mulakan hidup baru. 

Persahabatan juga banyak mengajar kita. Gelak tawa pasti dirindui. Group kita pasti akan sunyi selepas ini kerana tanggungjawab kepada keluarga akan lebih diutamakan. Yang tinggal hanyalah kenangan terindah. Terima kasih team hadiah. Kak Azlina, Hassu, Raihan, Tasya, Pooja dan Siti bam2 kome memang mantop. Semoga mak yong  Hassu selamat bersalin. Kita sangat mengenali hati budi masing-masing.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi... Jomla TS 25 plak... haha... Aku doakan semoga kita terus berjaya mendidik dan menjalankan tugas hakiki kita sebagai guru yang terbaik. Berilah apa pun tugasan, pasti kami akan menyambutnya dengan baik. Tapi awas... biarlah berbudi dan berbahasa. kiki.. 

take care korang.... Selamat bercuti... berehatla bersama keluarga tersayang,,kumpulkan lebih banyak tenaga dan freshkan dirimu untuk kreativiti baru.. Love u all so much... Rai.. kalo sempat tu, combinekan la video dan gambar gila2 kita tu ye..hahaha..

 

Team hadiah.. hawaiian sangat.. tq kak ina sanggup cari munge matahari waktu malam. inila kakak kami yang terbaik. Sentiasa ada je bila diperlukan.. sentiasa je layan kami ni.. hahaha



Alhamdulilah.. dua hadiah utama tv dan set barbeque dapat pada kak ina dan tasya. Bila di tengok balik hasil usaha dan penat lelah diorang, memang layak sangat diorang dapat. Syukur.. rezeki dari Allah jua.. dak siti juga dapat apa yang diidamkan. Bekalan untuk 3 bulan ni ye.. 


Terima kasih rakan-rakan guru dan pentadbir. Tanpa anda siapalah kami. Kami percaya setiap tugasan dan amanah yang diberikan pasti menjadi dengan kerjasama yang mantap. Pokoknya saling memahami, bertimbang rasa dan tidak mengenal erti penat. Banyak lagi kejayaan untuk sekolah dapat kita hasilkan dengan kerjasama yang mantop. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Best sangat.. Acara potong kek oleh ahli kelab staf. kenangan terindah. Bukan mencari populariti, tidak sekali menonjolkan diri. Tetapi kami puas memberikan yang terbaik untuk rakan-rakan guru dan staf gembira dan seronok. Kerja yang banyak dan stress itu lumrah. Keseronokan dalam bekerja akan menjadikan kita awet muda dan keluarga yang bahagia. Bolehla nyanyi lagu 'Keluarga Bahagia' dari Saujana. Keluarga Bahagia  πŸ’πŸ’

Terimalah video penutup khas dari kami.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


No comments:

Post a Comment